Pelantikan pegawai kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan seorang pegawai kanan.

Mulai 7 Februari 2018, Pengarah Dasar dan Pentadbiran di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Ramlee bin Haji Jamudin telah ditukar dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan di Kementerian Pendidikan.