Pelantikan Pengerusi SPA

Pelantikan Pengerusi SPA

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Baginda Sultan telah mengurniakan titah perintah supaya Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berkuatkuasa mulai Selasa, 17 Zulkaedah 1436H bersamaan 1 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA