Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap

Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan dua orang pegawai kanan kerajaan.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) di Kementerian Pertahanan, Awang Abu Sufian bin Haji Ali ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan manakala Kapten Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) di Kementerian Pertahanan.

Tarikh pertukaran dan pelantikan mereka berkuatkuasa mulai esok, 14 Ramadan 1437 Hijrah bersamaan dengan 20 Jun 2016 Masihi.

ARTIKEL YANG SAMA