Pelari Sweden turut positif meldonium

Pelari Sweden turut positif meldonium

STOCKHOLM, 10 Mac (AFP) – Pelari Sweden, Abeba Aregawi muncul atlet terbaharu yang diuji positif meldonium, bahan terlarang yang turut diambil bintang tenis, Maria Sharapova.

Juara lima kali major, Sharapova sebelum ini berkata, perubahan dalam senarai bahan larangan WADA menjadi punca utama kepada pelanggaran peraturan itu, yang menyebabkan dirinya kini digantung sementara.

Sharapova dilapo berkata, dia mengambil meldonimum itu sejak 10 tahun lalu dengan alasan kesihatan.

Pengasas meldonium sebelum ini berkata dadah itu sama sekali tidak akan membantu meningkatkan prestasi atlet.

Bekas juara dunia, Aregawi menyertai senarai atlet yang diuji positif dadah tahun ini selain juara marathon Tokyo 2015, Endeshaw Negesse; atlet Ukraine, Olga Abramova dan Artem Tyschcenko.

Aregawi atlet kelahiran Ethiopia sebelum ini gagal dalam ujian doping, dua minggu lalu. “Dua sampel diambil, A dan B. Sampel A sudah pun positif dan kebiasaannya sampel B juga akan membawa keputusan yang sama,” kata pengurus doping Persatuan Olahraga Sweden, Tommy Forsgren.

“Apapun, kami tidak terkejut dengan perkara ini.” Pakar acara 1,500m, Aregawi kini berdepan risiko penggantungan sehingga empat tahun dan dia akan mengambil sepenuh tanggungjawab atas doping berkenaan.

“Sebelum ini saya menerima pil daripada seorang doktor di Ethiopia. Saya fikir, ia vitamin. Ia salah saya sendiri kerana mengambilnya tanpa memeriksanya terlebih dulu,” kata Arewagi.