Pelarian bekerja satu euro sejam

Pelarian bekerja satu euro sejam

BERLIN, 16 Mei (AFP) – Dengan sudu dan sudip di tangannya, Zaid, pelarian Iraq berusia 23 tahun, mengangkat penutup periuk besar yang penuh dengan goulash dan kentang ketika dia memulakan syif kerjanya.

Dari pukul 6:30 petang hingga 8 malam, dia digaji oleh bandar Berlin untuk menyediakan makan malam untuk 152 orang pelarian warga Syria, Iraq, Afghanistan dan Molodovan yang lain di dewan sukan, yang telah dijadikan tempat perlindungan sementara bagi pendatang-pendatang baru.

Zaid, salah seorang dari beribu orang pelarian yang telah diberikan tugas, dari kerja membaiki basikal hinggalah mencantas tumbuhan hinggalah membersihkan laluan jalan kaki dengan bayaran hanya satu euro sejam.

Pekerjaan yang digelar ‘pekerjaan satu euro’ telah dianggap sebagai batu loncatan bagi pendatang-pendatang baru memasuki pasaran kerja di Jerman, tetapi pakar-pakar masih ragu tentang keberkesanan mereka.

Di gim suka, Zaid cuba menerangkan kepada wajah-wajah yang curiga yang berkerumun di hadapannya, tentang apa yang dimasukkan ke dalam stu daging yang digambarkannya sebagai ‘begitu Jerman’.

Bagi pekerjaan yang termasuklah menyiapkan meja, memotong roti, menghidangkan makanan dan kemudian membersihkannya, dia dibayar 1.05 euro sejam.

Tegahan bekerja tidak lebih 20 jam seminggu, Zaid mendapat pendapatan bulanan 84 euro paling banyak, tambahan kecil selain 143 euro yang diterima sebagai duit poket ketika dia menantikan keputusan rasmi tentang permohonan suakanya.

Pendapatan bulanannya mungkin bahagian kecil purata gaji orang Jerman, tetapi Zaid menerima pekerjaannya dengan penuh senyuman.

“Ia membolehkan saya berhubung dengan sukarela-sukarela Jerman yang datang ke sini untuk mengagihkan makanan, dan memberikan saya peluang untuk bertutur bahasa,” kata Zaid yang telah meninggalkan bandar Hilla, kira-kira 100 kilometer selatan Baghdad bersama-sama ayah dan kakaknya enam bulan lalu.

“Dan saya tidak perlu hanya berada di sekitar pusat dengan keadaan tidak tahu apa yang hendak dilakukan,” ujarnya.

Dengan pihak berkuasa kerap mengambi masa berminggu-minggu, jika tidak berbulan-bulan untuk memproses permohonan suaka, ramai orang pelarian dalam situasi kebosanan yang amat kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengambil pekerjaan biasa ketika dalam tempoh itu.

Untuk mengatasi masalah itu, pihak berkuasa memutuskan untuk memanfaatkan penyelesaian pekerjaan satu euro.