Pelarian cari perlindungan di gereja

Pelarian cari perlindungan di gereja

TUTZING, Jerman, 26 Mei – Peshtiwan Nasser Abdal bersembunyi di sebuah gereja selama empat bulan lalu, dalam usaha terdesaknya untuk mengelak dihantar pulang dari Jerman.

Abdal, 21, yang memegang kepercayaan Yazidi Iraqi, seperti 400 orang lagi yang lain, ditawarkan perlindungan oleh sebuah gereja Jerman yang menjadi amalan lazim sejak Zaman Pertengahan.

Amalan suaka agama sebahagian besar telah dilupakan sehingga tahun lalu apabila kemasukan beramai-ramai pendatang yang membuatkan beberapa buah gereja menawarkan tempat perlindungan selamat kepada para pencari suaka yang terdedah kepada bahaya. Meskipun gereja tidak menyalahi undang-undang di Jerman, sebilangan pihak menjangkakan para pegawai polis akan menyerbu untuk membawa pergi para pencari suaka, terutamanya di negeri konservatif dan sebahagiannya negeri keagamaan di selatan Bavaria, tempat Abdal mendapat perlindungan.

Abdal, yang dianiaya di tanah airnya oleh para pejuang kumpulan Islam IS yang menganggap kepercayaannya Yazidi itu sebagai ajaran sesat, telah diberikan tempat perlindungan oleh paroki Katolik di Tutzing. Untuk membunuh monotoni harian, dikurung di sebuah kawasan yang merentangi bangunan gereja itu sendiri, beberapa blok pentadbiran, sebuah taman besar dan sebuah pangsapuri tempat dia tinggal, lelaki muda ini mengasing-asingkan pakaian dan mainan derma di bekas kolam renang yang dijadikan tempat penyimpanan yang bersambung dengan kawasan paroki.

Dalam tempoh empat bulan lalu, dia tidak berani menjejaki kaki keluar daripada perimeter gereja di bandar kaya pesisiran tasik Starnberg, berhampiran Munich. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA