Pelarian ditawarkan penempatan di AS

Pelarian ditawarkan penempatan di AS

SYDNEY, 13 Nov – Pelarian yang ditahan di kem terpencil Pasifik selepas berusaha tiba di Australia dengan bot akan ditempatkan di AS dalam satu perjanjian “sekali gus,” kata perdana menteri, satu kejayaan yang mungkin melihat kem kontroversi tersebut ditutup.

Canberra menghantar pencari perlindungan yang cuba sampai ke Australia dengan bot ke pusat tahanan di Pulau Manus di Papua New Guinea dan Nauru. Mereka dihalang daripada menetap semula di Australia walaupun jika didapati mereka merupakan pelarian.

“Pengaturan dengan Amerika Syarikat akan menawarkan peluang untuk pelarian, di Nauru dan Manus, untuk ditempatkan semula,” beritahu Perdana Menteri Malcolm Turnbull kepada wartawan di Canberra. “Ia adalah satu perjanjian sekali gus. Ia tidak akan diulang. Keutamaan kami adalah penempatan semula wanita, kanak-kanak dan keluarga.”

Kerajaan Australia telah berusaha untuk membendung aliran penghijrahan orang pelarian dari Afghanistan, Sri Lanka dan Timur Tengah, menggunakan dasar keras termasuk meminta kapal berpatah balik dan kerahsiaan mengenai operasi di laut bergelora dan di kem terpencil.

Gambar fail pada 5 Nov menunjukkan orang ramai berarak di Sydney semasa satu acara dianjurkan oleh Doctors for Refugee bagi menuntut layanan kemanusiaan terhadap pencari suaka dan pelarian di pulau terpencil Pasifik. Australia hari ini mengatakan pelarian di pulau itu akan ditempatkan di Amerika Syarikat, satu kejayaan yang mungkin menyaksikan kemudahan kontroversi itu ditutup. – AFP

Walaupun dasar terbaru oleh kerajaan konservatif sekarang sebahagian besar menghalang ketibaan, keadaan di kem telah dikritik oleh penyokong pelarian dan profesional perubatan.

Mereka berkata beberapa pencari perlindungan menderita daripada masalah kesihatan mental disebabkan penahanan mereka yang berpanjangan.

UNHCR berkata pengaturan merupakan “penyelesaian jangka panjang yang amat diperlukan” tetapi mengingatkan opsyen harus dicari untuk semua orang di Manus dan Nauru. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA