Pelarian, gencatan senjata Syria akan jadi tumpuan persidangan PBB

Pelarian, gencatan senjata Syria akan jadi tumpuan persidangan PBB

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerika Syarikat, 19 Sept – Satu sidang kemuncak bagi menangani krisis pelarian terbesar sejak Perang Dunia II dilancar hari ini di Bangsa-Bangsa Bersatu, dibayangi oleh peperangan yang sedang berlaku di Syria dan usaha rapuh AS-Rusia untuk menghentikan pertempuran.

Pemimpin-pemimpin dunia akan menerima pakai deklarasi politik pada sidang kemuncak buat pertama kalinya dalam bab pelarian dan pendatang di mana kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah pun menolak atas sebab kurangnya respon yang diperlukan daripada pihak antarabangsa.

Amnesty International telah melabel sidang kemuncak itu sebagai “terlepas peluang” bagi pelan global akan datang, sementara Pemantau Hak Asasi Manusia telah menggelar negara-negara seperti Brazil, Jepun dan Korea Selatan yang hanya mengambil segelintir pelarian, atau tiada pelarian sama sekali, dalam kes di Rusia.

Ia telah memecahkan rekod iaitu seramai 65 juta orang berpindah di seluruh dunia, melarikan diri dari perang seperti pembunuhan beramai-ramai di Syria, penindasan dan kemiskinan, termasuk 21 juta pelarian bersaing untuk mengambil peluang penempatan semula.

Kini dalam tahun keenam, perang di Syria telah mendorong hampir sembilan juta orang lari dari rumah mereka manakala tambahan empat juta telah melarikan diri ke negara-negara jiran atau membuat perjalanan berbahaya ke Eropah.

Sidang kemuncak itu diadakan seminggu bagi peringkat tinggi diplomasi apabila pemimpin dunia bersedia untuk menangani mesyuarat Perhimpunan Agung tahunan, dimana konflik di Syria akan menjadi topik utama perbincangan.

Satu perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Rusia dan Amerika Syarikat berada di bawah ancaman selepas pemberontak Aleppo kembali menguasai dan menyerang selepas gencatan diperbaharui ,manakala pakatan diketuai Amerika Syarikat telah membunuh berpuluh-puluh tentera Syria dalam serangan yang Washington katakana adalah tidak disengajakan. – AFP