Pelarian Greece: seorang anak kecil meninggal

Pelarian Greece: seorang anak kecil meninggal

MORIA, GREECE, 9 0kt (AFP) – Seorang anak kecil meninggal dunia selepas bot getah yang membawanya dan 56 orang lagi penghijrah rosak dan mengakibatkan mereka terapung-apung di pulau Lesbos, Greece, menurut pengawal pantai Greece hari ini.

Budak kecil lelaki berusia 1 tahun itu yang kewarganegaraannya tidak diketahui, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bot getah itu yang telah rosak dan terapung-apung lewat semalam. Budak lelaki itu dibawa ke hospital yang kemudian dia disahkan meninggal dunia. Pengawal pantai telah menyelamatkan penghijrah lain, yang sebilangan mereka berada di dalam laut.

Lebih 400,000 orang tiba di kepulauan Greece dari negara jiran Turki sejak awal tahun ini, kebanyakan mereka melarikan diri dari peperangan saudara di Syria.

ARTIKEL YANG SAMA