Pelarian Iran membakar dirinya ketika lawatan PBB

Pelarian Iran membakar dirinya ketika lawatan PBB

SYDNEY, 27 April – Seorang pelarian Iran membakar dirinya hari ini ketika satu lawatan oleh pegawai PBB ke Nauru, kata Canberra, dengan empat orang lain dilaporkan cuba bunuh diri.

Menteri Imigresen Peter Dutton mendedahkan lelaki berusia 23 tahun itu akan dibawa dengan kapal terbang dari pulau Pasifik ke hospital di Australia, tetapi menjelaskan jika dia selamat dan sembuh, dia akan dihantar pulang.

“Saya boleh memberitahu anda bahawa terdapat seorang lelaki berusia 23 tahun yang pada asalnya datang dari Iran, dengan bot, berada di Nauru dan di luar pusat tahanan, sebenarnya di salah satu kawasan petempatan, telah membakar dirinya pada pagi ini,” beritahunya pada persidangan akhbar.

“Dia berada dalam keadaan amat serius dan rancangannya adalah membawanya dengan kapal terbang pada malam ini tetapi dia berada dalam keadaan amat serius dan harapannya adalah amat tipis.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA