Pelarian peperangan cecah rekod hampir 60 juta

Pelarian peperangan cecah rekod hampir 60 juta

GENEVA, 18 Dis (AFP) – Bilangan mereka yang terpaksa melarikan diri dari peperangan, keganasan dan penganiayaan dijangka meningkat dalam tahun 2015 yang mengatasi rekod tahun lalu iaitu hampir 60 juta, menurut PBB hari ini.

Agensi orang pelarian PBB telah mengeluarkan laporan yang menunjukkan bilangan meningkat mereka yang hidup sebagai orang pelarian, pencari suaka atau berpindah tempat dalam negara mereka ketika separuh pertama tahun ini, dan menunjukkan bahawa bilangan setahun penuh adalah amat tinggi.

“Dengan hampir sejuta orang terpaksa menyeberangi Mediterranean sebagai orang pelarian dan penghijrah setakat ini pada tahun ini, dan konflik di Syria dan di tempat lain terus menjana tahap penderitaan manusia yang menggemparkan, 2015 mungkin mengatasi semua rekod lalu bagi pemindahan tempat secara paksa di dunia,” menurut UNHCR.

Tahun lalu, bilangan mereka yang berpindah tempat meningkat kepada bilangan tertinggi 59.5 juta di seluruh dunia dan laporan hari ini menunjukkan tahun ini bilangan itu ‘telah jauh mengatasi 60 juta.”

Itu pada dasarnya bermakna seorang dalam setiap 122 orang di dunia adalah hari ini seseorang yang terpaksa lari meninggalkan rumah mereka, menurut agensi itu lagi.

“Berpindah tempat secara paksa kini amat menjejaskan zaman kita,” ketua UNHCR itu, Antonio Guterres berkata dalam satu kenyataan.

“Toleransi, belas kasihan dan perpaduan dengan mereka yang telah kehilangan segalanya amat diperlukan dari sebelumnya.”

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kira-kira lima juta orang adalah orang baru yang terpaksa berpindah tempat dengan 4.2 juta mereka itu masih berada di negara mereka dan 839,000 menyeberangi sempadan – sama banyaknya dengan 4,600 orang yang menjadi orang pelarian setiap hari, menurut laporan itu lagi.

Pada akhir Jun, 20.2 juta orang hidup sebagai orang pelarian di seluruh dunia, yang menjadikan peningkatan 45 peratus sejak 2011.

UNHCR berkata penyumbang utama ialah konflik kejam di Syria yang mana Jun tahun ini telah mewujudkan 4.2 juta orang pelarian.