Pelarian Syria perlu bantuan berbuka puasa

Pelarian Syria perlu bantuan berbuka puasa

SIDON, Lebanon 30 Jun (Agensi) – Pelarian Syria di Lebanon, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Media setempat melaporkan, pelarian Syria itu bernasib baik kerana mereka menerima sumbangan daripada pelbagai pihak sepanjang bulan mulia ini.

Di sebuah dewan kompleks di Sidon yang menempatkan sejumlah pelarian Syria, air mata seorang wanita, Amani al-Afifi berlinangan kerana sedih mengenang nasib yang menimpa mereka.

Amani yang bekerja sebagai tukang jahit di Qusair, Syria sebelum konflik berkata, kehidupannya sekeluarga kini sudah berubah.

“Sebelum konflik Syria, semua¬nya cantik. Kami selalu memberi makanan kepada penduduk miskin dan membantu anak-anak yatim. Kini situasinya sudah berubah, kami pula yang memerlukan bantuan,’’ katanya.

Wanita itu berkata, hidup mereka sudah musnah.