Pelarian Syria takut kembali

Pelarian Syria takut kembali

BEIRUT – Kerajaan Syria berkata mereka yang melarikan diri dari zon-zon pemberontak yang sejak itu sudah ditawan semula oleh tentera kini dialu-alukan untuk kembali. Tetapi bukan itu yang terjadi bagi sebuah keluarga pelarian yang kembali untuk memeriksa keadaan rumah mereka: Mereka mendapati sebuah keluarga lain telah berpindah ke sana.

Itu hanya salah satu daripada banyak halangan yang dihadapi oleh pelarian Syria.

Sebahagian besar mereka yang melarikan diri bimbang bahawa mereka akan ditangkap jika mereka kembali ke rumah mereka yang kini berada di bawah kuasa kerajaan, atau bimbang anak-anak lelaki mereka akan dimasukkan ke dalam ketenteraan sama yang pernah mengebom bandar-bandar mereka.

Pihak penentang menuduh kerajaan Presiden Bashar Assad menggunakan kaedah di bawah pengawasan untuk tidak menggalakkan penduduk yang dilihatnya tidak setia daripada kembali, mengubah demografik bagi membantu mengukuhkan kawalan koridor dari Damsyik hingga ke pantai Mediterranean.

Kerajaan menyatakan bahawa ia melakukan apa yang termampu untuk menggembalikan penduduknya.

Pelarian takut tentera keselamatan akan menahan suami atau anak lelaki mereka bagi jenayah yang direka-reka atau memasukkan mereka ke dalam tentera Assad. – AP
Pelarian takut tentera keselamatan akan menahan suami atau anak lelaki mereka bagi jenayah yang direka-reka atau memasukkan mereka ke dalam tentera Assad. – AP
Hoda menunjukkan gambar kawasan rumahnya di Homs melalui telefon bimbitnya. – AP
Hoda menunjukkan gambar kawasan rumahnya di Homs melalui telefon bimbitnya. – AP

“Matlamat utama kerajaan Syria adalah untuk mengembalikan kesemua pelarian Syria ke rumah-rumah mereka,” kata Menteri Perdamaian Kebangsaan, Ali Haidar.

Lebih daripad 11 juta orang, hampir separuh daripada penduduk Syria, dipaksa melarikan diri dari rumah mereka sejak perang bermula pada tahun 2011, termasuk lima juta orang yang melarikan diri ke luar negara.

Pertempuran masih berlaku di sebahagian besar negara itu. Dalam keadaan begini, pengembalian penduduk secara besar-besaran tidak mungkin berlaku. Jadi sukar untuk menilai bagaimana tindakan kerajaan untuk menghalang penduduk Syria yang berfikiran-penentang daripada kembali.

Tetapi dengan sejumlah kubu-kubu penentang yang sudah dikalahkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, itu juga telah membawa isu yang berkaitan dengan siapa yang boleh kembali.

Di Aleppo, bandar terbesar Syria, tentera kerajaan membuat pengepungan ke atas daerah-daerah pemberontak di bahagian timur, dan dianggarkan 275,000 orang penduduk enggan berpindah keluar, sebahagiannya kerana mereka yakin bahawa mereka tidak akan dibenarkan kembali lagi.

Homs, bandar ketiga terbesar Syria, adalah contoh bagi halangan-halangan bagi mereka yang mahu kembali.

Pada tahun 2014, kejiranan utama terakhir pemberontak di Homs, yang berpusat di Old City, menyerah kalah. Itu datang selepas satu pengepungan keras yang menghalau keluar 300,000 orang dari bandar itu.

Dua tahun kemudian, kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa Old City terbuka untuk penduduk, tetapi statistik rasmi menyatakan hanya 40 peratus yang kembali. Pihak penentang percaya perangkaan itu dinaikkan.

Rumah didiami keluarga lain

Dalam satu lawatan ke Old City, Homs, awal tahun ini, pasukan AP mendapati ia sebuah bandar hantu.

Hoda, yang kini tinggal di bandar Lubnan, Tripoli, berkata bahawa beliau diberitahu bahawa beliau perlu membayar bil-bil yang tertunggak sebelum beliau boleh kembali ke rumahnya di Homs. Tetapi beliau, seperti mereka yang lain, sangat keberatan untuk pergi ke institusi-institusi negara untuk melakukannya atau menegsahkan rekod hartanahnya kerana ia bermakna beliau perlu melalui beberapa pusat pemeriksaan yang dikendalikan oleh perkhidmatan keselamatan yang ditakuti.

Pelarian takut tentera keselamatan akan menahan suami atau anak lelaki mereka bagi jenayah yang direka-reka atau memasukkan mereka ke dalam tentera Assad.

“Kami tidak akan dapat kembali,” kata Rabaa, yang melarikan diri ke Lubnan bersama keluarganya pada tahun 2012.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun.

“Perkara pertama yang mereka akan lakukan adalah memasukkan anak lelaki saya ke dalam tentera. Kembali melihat keadaan rumah kami? Tidak mungkin,” katanya.

Sejumlah besar keluarga juga mendapati rumah mereka didiami oleh keluarga lain. Para pelarian berkata pengambilan hak itu dilakukan secara meluas.

Sepasang beradik kembar, Maha dan Um Alaa, menjelaskan kepada AP bagaimana mereka cuba untuk memeriksa pangsapuri Um Alaa di Bandar Tel Khalakh, timur Homs.

Kedua beradik it, yang kini tinggal di Tripoli, bercakap dengan syarat identiti mereka dirahsiakan.

Maha telah melawat dan menjumpai sebuah keluarga lain tinggal di sana. Satu pertengkaran besar berlaku, dan Maha mengalah, bimbang kerajaan akan menyebelahi keluarga itu.

Warganegara Syria mengadakan bantahan bagi pemaksaan pemindahan di Syria di depan ibu pejabat PBB, Beirut. – AP
Warganegara Syria mengadakan bantahan bagi pemaksaan pemindahan di Syria di depan ibu pejabat PBB, Beirut. – AP

Um Alaa berkata bahawa jirannya telah memberitahunya bahawa keluarga itu berasal dari bandar berdekatan, Hosn. Jiran-jirannya juga berkata bahawa pelarian-pelarian lain telah meminta pihak berkuasa di Tel Kalakh untuk menyediakan tempat tinggal dan telah ditempatkan ke rumah-rumah mereka yang telah melarikan diri, menurut Um Alaa.

Keluarga di rumah tersebut tidak dapat dihubungi kerana talian darat telah ditutup.

Bahkan, Um Alaa bimbang bahawa beliau dan suaminya tidak akan dapat menuntut semula rumah mereka kerana mereka tidak membawa dokumen hartanah mereka semasa melarikan diri pada tahun 2014.

“Kami fikir bahawa kami hanya akan pergi selama sebulan. Kami tidak ada bukti bahawa ia milik kami,” katanya.

Elak pengerahan

Kebimbangan terhadap pengerahan juga menyebabkan penduduk memilih jalan keluar dari kubu-kubu kuat bekas penentang.

Kerajaan menafikan pengerahan itu merupakan taktik untuk menghalau anasir-anasir penentang keluar, dengan mengatakan bahawa ia adalah tanggungjawab terhadap negara.

“Ia adalah satu undang-undang yang sudah lama digubal di Syria,” kata Haidar, Menteri Perdamaian Kebangsaan.

Beliau berkata tentera cuba mencari jalan untuk menangani keadaan kesusahan pada masa ini. Sebagai contoh, di beberapa kawasan yang telah ditawan semula, kerajaan telah menawarkan penangguhan bagi pengerahan selama enam hingga setahun.

Tetapi ramai percaya bahawa ini adalah taktik kerajaan memberikan mereka masa untuk pergi.

“Maksudnya adalah dalam enam bulan ini anda membuat persiapan dan pergi, (dan pihak tentera) akan melihatnya dengan pandangan lain,” kata Dani Qappani, seorang aktivis penentang.

Sebagai contoh di Moadamiyeh, pinggir bandar Damsyik, satu pertiga daripada 50,000 penduduknya telah melarikan diri semasa pengepungan kerajaan.

Selepas pinggir bandar itu menyerah kalah pada bulan September, kira-kira 10,000 orang mungkin akan pergi dalam beberapa bulan akan dayang kerana bimbang mengenai pengerahan, kata Bassma Kodmani, seorang pegawai penentang.

Perkara yang sama terjadi di Qudsaya, pinggir bandar Damsyik, sekitar 13,000 orang dijangka pergi bersama keluarga masing-masing untuk mengelakkan daripada pengerahan, kata seorang bekasp pejuang di Qudsaya.

Pejuang itu, yang dimahukan bagi perkhidmatan ketenteraan, berkata telah menemui pihak berkuasa untuk pelepasan selama enam bulan dan mendapatkannya.

Beliau berkata itu akan memberikannya masa untuk menjual rumahnya dan segala barangannya sebelum berpindah keluar bersama isteri dan dua orang anaknya ke wilayah barat laut, Idlib, kawasan utama yang dikawal oleh pemberontak.

Beliau bercakap dengan syarat ia dirahsiakan kerana beliau masih belum meninggalkan kawasan yang dikawal kerajaan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA