Pelarian tidak dilayan dengan sewajarnya

Pelarian tidak dilayan dengan sewajarnya

BUDAPEST, 11 Sept (AFP) – Rakaman yang mengganggu muncul hari ini mengenai cara penghijrah dilayan di dalam kem pelarian utama Hungary bersempadan dengan Serbia, dengan imej-imej menunjukkan kebanyakan keluarga diberi makan ‘seperti haiwan dalam kandang’.

Video tersebut, yang dirakamkan secara rahsia oleh sukarelawan Austria yang mengunjungi kem Roszke pada Rabu lalu, menunjukkan sekitar 150 orang berebut-rebut bagi mendapatkan sandwic yang dicampakkan ke arah mereka oleh polis Hungary yang mengenakan helmet dan topeng muka di tempat yang berpagar dalam dewan besar.

Wanita dan kanak-kanak dilihat berada dalam keadaan huru-hara ketika orang ramai yang dalam kelaparan cuba untuk mendapatkan roti yang dilemparkan ke udara. Kebanyakan penghijrah yang jauh di belakang menaiki pagar, melambai dan menjerit untuk mendapatkan perhatian pegawai.

“Ia seperti haiwan diberi makan dalam kandang, seperti Guantanamo di Eropah,” kata Klaus Kufner, seorang sukarelawan yang bersama wanita yang merakamkan imej-imej tersebut, merujuk kepada kem penjara di mana AS didakwa melakukan penyeksaan banduan.

Dia memberitahu AFP, dia dan Michaela Spritzendorfer – yang merakamkan babak tersebut – dibawa ke Roszke untuk membawa makanan, pakaian dan perubatan bagi membantu ribuan pelarian yang memenuhi sempadan.

“Ia nampak tidak berperikemanusiaan dan ia terbukti bagi penghijrah ini bahawa mereka tidak berbalah mengenai makanan biarpun jelas dalam kelaparan,” kata Spritzendorfer, isteri kepada seorang majlis Perbandaran Vienna bersama Green Parti Austria.

Rakaman itu, yang dimuat naik dalam YouTube lewat semalam dan secara meluasnya dikongsikan dalam rangkaian-rangkaian media sosial menyaksikan lebih dari 20,000 tontonan pada pagi ini.

Agensi pelarian PBB, mengkritik keadaan di kem Roskze awal minggu ini, dengan pendirian tegas Hungary ke atas penghijrah juga membangkitkan kemarahan negara-negara EU yang lain.