Pelaut kelab kapal layar elit hilang

Pelaut kelab kapal layar elit hilang

BEIJING, 28 Okt (AFP) – Seorang pelaut mengemudi kapal layar pertama China yang menyertai perlumbaan dari Sydney ke Hobart telah dihanyutkan selepas jatuh dari kapal layar ketika membuat perjalanan ke Australia, menurut kelabnya.

Sai Jun, 23, hilang di laut lewat Ahad di luar pantai Vietnam, kata Kelab Naoh’s Sailing dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Dia masih lagi hilang hari ini, lapor akhbar Haixi Morning Post China.

Dalam peristiwa bersejarah bagi pelayaran China kapal Ark323 berukuran 52 kaki panjang itu menyertai perlumbaan menyeberangi Semenanjung Bass, yang terkenal dengan sifatnya yang mendesak, bermula Disember ini.

Pengayuh dan pemandu arah yang hilang itu berasal dari rantau Ningxia, China, beribu-ribu kilometer di kawasan pedalaman, tapi mengetahui mengenai pelayaran itu semasa di universiti, menurut kelab berpangkalan di Shanghai.

“Bahaya memang ada dalam kehidupan seharian, malah ketika kita menyeberangi jalan raya sekalipun,” ia memetik dirinya sebagai berkata selepas taufan Laut China Selatan membunuh seorang kelasi dan empat lagi hilang awal bulan ini.

“Saya ingin menjadi seorang pelaut kerana saya ingin melihat dunia. Ada kalanya kita perlu mengambil risiko.”

Ark323 telah meninggalkan pelabuhan Nha Trang, Vietnam pada hari berlakunya insiden itu, menuju ke Bali untuk tiba ke Australia, menurut kelab tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA