Pelawaan untuk permit latihan memandu kenderaan berat

Pelawaan untuk permit latihan memandu kenderaan berat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk membangunkan kemahiran dan kompetensi generasi tempatan bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan tetap dengan pendapatan yang berpatutan dan menarik dalam bidang pengangkutan dan logistik.

Salah satu inisiatif projek berkenaan ialah untuk melahirkan para pemandu kenderaan awam khususnya bas dan teksi melalui pengeluaran permit sekolah latihan memandu khusus bagi kenderaan berat dan pengangkutan awam.

Tawaran-tawaran adalah dipelawa dari syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi berdaftar yang berpengalaman dari segi perkhidmatan latihan dan pembelajaran menghasilkan pemandu kenderaan berat dan pengangkutan awam.

Pengalaman dalam mencadangkan atau melaksanakan program rangka kerja kompetensi bagi industri lain atau pemandu kenderaan awam dan berat akan menjadi satu nilai tambah dalam proses penilaian nanti.

Keterangan lanjut syarat-syarat tawaran, borang dan keperluan panduan kertas kerja boleh diperoleh di laman sesawang www.ltd.gov.bn atau Urusetia Jawatankuasa Permit Sekolah Memandu, Tingkat 1, Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Kampung Sungai Akar, JPD tidak lewat dari 11 Mei 2016, sebelum jam 3 petang.

ARTIKEL YANG SAMA