Pelawak Guatemala jadi Presiden

Pelawak Guatemala jadi Presiden

BANDAR GUATEMALA, 13 Jan (AFP) – Pelawak televisyen Jimmy Morales akan memegang jawatan sebagai presiden baru esok di Guatemala, sebuah negara yang berdepan dengan masalah serius berhubung: kemiskinan, rasuah dan keganasan yang membawa maut.

Bekas pelawak itu, 46 tahun, menjadi terkenal di televisyen kerana memegang watak orang hulu yang hampir menjadi presiden. Dia tidak mempunyai pengalaman presiden dalam kehidupan nyatanya.

Para penganalisis berkata dia telah memenangi pilihan raya bulan Oktober disebabkan rasa meluat orang awam terhadap rasuah di negara tengah ini yang mempunyai 16 juta penduduk.

“Jangkaan adalah tinggi kerana perlunya dia untuk menggalakkan rasuah di negara itu dan menyelesaikan masalah rakyat,” kata Jose Carlos Sanabria, penganalisis politik Persatuan Kajian Sosial dan Penyelidikan.

Presiden sebelum Morales, Otto Perez terpaksa meletak jawatan ketika mahkamah menyiasat dakwaan peranan beliau dalam kegiatan rasuah dalam kuasa kastam negara.

Morales telah memenangi pilihan raya presiden pada Oktober lalu dengan kemenangan besar, dengan ikrar akan memerangi apa yang disifatkannya ‘politik lama’ dan ‘rasuah’.

“Komitmen saya tetap kepada Tuhan dan rakyat Guatemala,” kata penganut Kristian itu selepas meraih kemenangannya.

“Saya akan berusaha dengan sepenuh hati saya dan tenaga saya untuk tidak mengecewakan kamu.” Dalam temu bual baru-baru ini, dia menjanjikan ‘kejutan menarik.’

Tetapi dia telah memberikan beberapa butiran konkrit tentang dasarnya. Para penganalisis telah memberi amaran bahawa dia tidak mempunyai asas sebenar politik. Morales malah tidak dijangka mendedahkan kabinetnya sehingga beberapa jam sebelum mengenakan selempang presiden pada upacara perlantikannya.

“Itu akan menimbulkan keraguan, kecurigaan dan kritikan,” kata Sanabria.

ARTIKEL YANG SAMA