Pelawat Yala kunjungi Tutong

Pelawat Yala kunjungi Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 15 Ogos – Kira-kira 40 orang pelawat dari Institut Rajapark, Yala Campus, Thailand yang terdiri daripada pengarah dan kakitangan, berserta presiden dan ahli-ahli Parlimen Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Thailand telah mengadakan lawatan ke Daerah Tutong, hari ini.

Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi akan fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong selain mengenali warisan budaya dan mendekati masyarakat daerah ini.

Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam, pegawai-pegawai kanan dan ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

Semasa lawatan, rombongan diberikan taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong yang disampaikan oleh Dayang Alia Nurzahra binti Abdullah Api.

Setelah itu, rombongan dibawa melawat ke Galeri 1K1P Daerah Tutong untuk menyaksikan produk-produk kampung yang dihasilkan oleh ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Tutong dengan lebih dekat.

Rombongan berkesempatan menikmati makanan tempatan, Ambuyat di Bangunan SUKA, Sungai Basong.
Rombongan berkesempatan menikmati makanan tempatan, Ambuyat di Bangunan SUKA, Sungai Basong.
Rombongan menyaksikan jualan kraf tangan daripada Majlis Perundingan Kampung Kiudang di Jabatan Daerah Tutong.
Rombongan menyaksikan jualan kraf tangan daripada Majlis Perundingan Kampung Kiudang di Jabatan Daerah Tutong.

Rombongan seterusnya berkesempatan menyaksikan jualan kraf tangan daripada Majlis Perundingan Kampung Kiudang dan menyaksikan demonstrasi membuat teh herba tempatan.

Sejurus ke Jabatan Daerah Tutong, rombongan seterusnya melawat Bangunan Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) di Sungai Basong, di mana rombongan menyaksikan pembentangan video mengenai penubuhan SUKA termasuklah Program Sumbang dan Bantu.

Rombongan juga berkesempatan menyaksikan demonstrasi cara-cara membuat Ambuyat dan Penyaram.

Sebelum mengakhiri lawatan, ketua urus setia Sukarelawan Daerah Tutong mengalu-alukan pihak rombongan bagi acara penanaman pokok buah-buahan di sekitar kawasan bangunan SUKA sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA