Pelayar Thai juarai kejohanan kapal layar laser

Pelayar Thai juarai kejohanan kapal layar laser

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Pelayar dari Kelab Kapal Layar Diraja Verona (Royal Verona Yatch Club), Thailand, Morten Jakobsen, muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan Kapal Layar Laser Terbuka 2016 apabila berjaya memperoleh empat mata dalam Kejohanan yang berakhir hari ini di Kelab Kapal Layar Diraja Brunei, Serasa.

Pada kejohanan itu, Jakobsen juga dinobatkan juara bagi Kategori Laser Standard, manakala tempat kedua Kategori Standard pula dikongsi oleh dua pelumba dari Kelab Kapal Layar Diraja Brunei yang mendapat enam mata, iaitu warga tempatan Beng Wee dan warga United Kingdom Barney Sendon, diikuti tempat ketiga dengan mengumpul tujuh mata juga pelayar yang mewakili Kelab Kapal Layar Diraja Brunei, John Fletcher dari New Zealand.

Sementara itu, pelayar remaja tempatan dari Kelab Kapal Layar Diraja Brunei (Royal Brunei Yatch Club), Lim Jenn Hau merangkul kejuaraan dalam Kategori Laser Radial dan Kategori Novis setelah memperoleh empat mata menewaskan 17 peserta lainnya.

Paul Turton (kiri) menyampaikan hadiah kepada Morten Jakobsen.
Paul Turton (kiri) menyampaikan hadiah kepada Morten Jakobsen.

Tempat kedua bagi Kategori Radial pula disandang oleh pelayar remaja dari Kelab Kapal Layar Diraja Brunei, Lim Jenn Kiat yang memperoleh enam mata dan tempat ketiga dimenangi oleh rakan dari kelab yang sama, Alex Marquis dari United Kingdom.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Standard ialah Komodor Kelab Kapal Layar Diraja Brunei, Paul Turton, sementara hadiah bagi juara Kategori Radial disampaikan oleh Timbalan Komodor Kelab Kapal Layar Diraja Brunei, Dave Sparrow.

Menurut pihak penganjur, kejohanan selama dua hari yang dianjurkan oleh Kelab Kapal Layar Diraja Brunei itu dikendalikan berdasarkan Undang-undang Perlumbaan Perahu Layar.

ARTIKEL YANG SAMA