Pelbagai kes didapati ketika Operasi Sepadu

Pelbagai kes didapati ketika Operasi Sepadu

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei, menerusi Balai Polis Limau Manis, malam tadi, telah menjalankan operasi sepadu bersama agensi keselamatan di Pos Kawalan Kuala Lurah.

Dalam operasi dari pukul 10 malam hingga 12:15 tengah malam itu, anggota polis telah membuat pemeriksaan ke atas 24 buah kenderaan yang keluar dan masuk ke pos kawalan itu, dan mengeluarkan satu peringatan serta mencatatkan satu kes kompaun.

Kesalahan-kesalahan kastam yang didapati termasuk empat kes membawa rokok, tiga kes membawa minuman keras, satu kes membawa masuk perisa Vape, tiga kes membawa masuk sayap ayam dan satu kes membawa masuk barang tidak bercukai (lampu kereta).

Suasana ketika operasi itu dijalankan.
Suasana ketika operasi itu dijalankan.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya, menasihatkan orang ramai supaya tidak membawa masuk barang-barang yang ditegah ke Negara Brunei Darussalam dan mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Operasi berkenaan telah melibatkan 14 orang anggota polis yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Limau Manis.

ARTIKEL YANG SAMA