Pelbagai model baru Lexus dipamer

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Bagi memperkenalkan model-model baru kereta Lexus, Syarikat NBT (B) Sdn Bhd telah mengadakan Jerayawara Lexus, di kawasan letak kereta kedai kopi Starbucks Brunei, Beribi.

Menurut jurucakap NBT Brunei kepada Media Permata, jerayawara berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 13 Ogos.

Jerayawara itu bukan sahaja mempamerkan model-model kereta terbaru jenama Lexus, tetapi pelanggan yang datang ke kedai Starbucks atau pelanggan tetap Lexus juga berpeluang untuk menguji pandu model-model terkini Lexus.

Menurut kenyataan dari NBT, syarikat itu mempamerkan model-model seperti IS 200t, NX 200t dan model keluarga RX. Manakala pameran keesokannya pula akan mempamerkan model Lexus yang lain pula.

Antara model-model baru jenama Lexus yang dipamerkan semasa jerayawara yang diadakan di Starbucks Beribi.
Antara model-model baru jenama Lexus yang dipamerkan semasa jerayawara yang diadakan di Starbucks Beribi.

pg08_170812_a