Pelbagai perjanjian dimeterai

Pelbagai perjanjian dimeterai

CONAKRY, 4 Mac (AFP) – Guinea dan Turki semalam menandatangani pelbagai perjanjian dalam bidang termasuk pertahanan, kesihatan dan tenaga ketika satu lawatan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ke negara Afrika barat.

Erdogan tiba di ibu negara Guinea Conakry semalam, diiringi oleh kira-kira 230 ahli perniagaan, sebagai sebahagian daripada kunjungan serantau yang termasuk persinggahan di Ivory Coast, Ghana dan Nigeria.

Perjanjian baru itu mungkin menambah perdagangan tahunan di antara kedua-dua negara daripada 69 juta dolar kepada 500 juta dolar, beritahu Erdogan kepada wakil dalam bahasa Turki, tanpa menyatakan tempoh masa untuk pertumbuhan.

Kedua-dua negara menandatangani “perjanjian konvensyen dan kerjasama dalam bidang pertahanan negara, pelancongan, perlombongan, tenaga, kesihatan dan alam sekitar,” kata jurucakap kerajaan Guinea, menggambarkan perjanjian sebagai ‘seimbang’ tanpa memberikan butiran lanjut.

Alpha Conde (kanan) duduk berhampiran Recep Tayyip Erdogan pada 3 Mac di lapangan terbang Conakry sejurus ketibaannya di Guinea. – AFP
Alpha Conde (kanan) duduk berhampiran Recep Tayyip Erdogan pada 3 Mac di lapangan terbang Conakry sejurus ketibaannya di Guinea. – AFP

Presiden Guinea Alpha Conde menggambarkan lawatan rakan sejawatan Turki sebagai ‘penting untuk kedua-dua rakyat Turki dan rakyat kami’. “Kami memerlukan pemulihan ekonomi yang sihat dan mampan” ekoran wabak Ebola yang melanda Afrika barat pada 2013, kata beliau.

Salah sebuah negara paling miskin di dunia, bekas tanah jajahan Perancis itu menjadi tuan rumah kepada ‘pesakit sifar’ – anak damit yang menjadi mangsa pertama Ebola. Seramai 2,500 orang meninggal dunia akibat virus itu di negara berkenaan.