Pelbagai produk serikan pameran perkahwinan

Pelbagai produk serikan pameran perkahwinan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Lebih 14 buah petak jualan ditampilkan dalam Pameran Perkahwinan Times Square yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perkahwinan kepada bakal-bakal pasangan pengantin.

Pameran empat hari itu dibukakan kepada orang ramai bermula hari ini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Atrium Utama, Times Square, di sini.

Antara yang menyertai pameran itu ialah Hotel Badi’ah, HYS Tindulang dan Katering, Damalee Wedding, Masamichi Studio, Citra Idaman Bridal Boutique dan Restoran Nyonya dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan sepanjang acara itu seperti ‘The Wedding Quiz’ di mana pengunjung akan ditanya soalan mengenai perkahwinan, ‘Reunited’ iaitu perlumbaan dengan mata tertutup bersama pasangan dengan melalui rintangan di kawasan atrium di mana mereka perlu menemui pasangan masing-masing untuk menang dan meneka lagu perkahwinan.

Antara produk-produk yang dijual semasa Pameran Perkahwinan Times Square.
Antara produk-produk yang dijual semasa Pameran Perkahwinan Times Square.

pg10_151126_a

Di samping pameran ini, pelbagai acara juga dirancang di Times Square seperti Karnival Mini bermula 4 hingga 20 Disember dan pameran hujung tahun bermula 24 Disember hingga 3 Januari 2016.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara yang bakal dijalankan bolehlah melayari laman sesawang tsqbrunei.com atau ikuti akaun Facebook dan Instagram mereka di Times Square Shopping Centre.

Keterangan lebih lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi talian 2338208 atau 2338006 semasa waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA