Pelbagai program sempena ulang tahun TYT Sarawak

Pelbagai program sempena ulang tahun TYT Sarawak

KUCHING, 5 Sept – Beberapa program dirancang di bandar Miri, kira-kira 500km dari sini mulai Jumaat ini, sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Ia dimulakan dengan satu majlis kesyukuran di Masjid At-Taqwa Miri, pada pukul 6.30 petang Jumaat ini, yang akan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri. Jabatan Penerangan Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pada hari Sabtu pula akan diadakan satu Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa, yang bermula pada pukul 8 pagi di Padang Stadium Miri.

Ia disusuli dengan Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Hotel Mega, dan pada sebelah malamnya diadakan Majlis Jamuan Negeri di Hotel Pullman.Pada hari berikutnya, satu majlis Jamuan Teh diadakan di Dewan Suarah Miripada pukul 10 pagi, yang akan turut menyaksikan lawatan Abdul Taib ke PameranDirgahayu di Lobi (Aras Bawah), Dewan Suarah. – Bernama