Pelbagai senario diuji dalam Eksesais Checkpoint 01/2016

Pelbagai senario diuji dalam Eksesais Checkpoint 01/2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Pusat Krisis Kebangsaan (NCC) Jabatan Perdana Menteri pada masa ini sedang mengadakan eksesais bersepadu berkaitan pengawalan keselamatan sempadan di pos-pos kawalan.

Eksesais yang diberi nama ‘Eksesais Checkpoint 01/2016’ hari ini diadakan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Daerah Brunei dan Muara.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah dengan bantuan agensi-agensi lain dalam kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diuji cuba dengan pelbagai senario keselamatan dan kecemasan yang memerlukan respons yang strategik dan bersepadu.

Agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan serta agensi-agensi perkhidmatan kecemasan akan terus meningkatkan keupayaan masing-masing dan secara bersepadu sebagai persiapan untuk menghadapi apa jua kemungkinan berlakunya ancaman keselamatan di pos-pos kawalan dan sempadan negara.

Eksesais Checkpoint 01/2016 akan diadakan sehingga 27 November 2016.

Anggota agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan semasa Eksesais Checkpoint 01/2016 di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, kelmarin.
Anggota agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan semasa Eksesais Checkpoint 01/2016 di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA