Pelbagai sumber pendapatan

Pelbagai sumber pendapatan

RIYADH, 23 Dis (AFP) – Arab Saudi akan cuba mempelbagaikan sumber pendapatan dan meningkatkan keefisienan perbelanjaan kerajaan ketika ia berusaha untuk mengurangkan kebergantungannya ke atas hasil minyak, yang menurun sejak tahun lepas, menurut Raja Salman hari ini.

Pengeksport minyak tertinggi dunia itu dijangka akan mengumumkan pada Isnin bahawa ia telah mengalami defisit besar tahun ini, dan pendekatan Riyadh kepada era jangkaan harga minyak mentah diperhatikan rapat oleh kedua-duanya, kerajaan dan pasaran tenaga global.

Komen Salman mendahului apa yang dijangka jadual cadangan ekonomi lebih terperinci yang digariskan dalam pengumuman bajet minggu depan, dan dalam ‘pelan transformasi’ yang akan didedahkan oleh anakandanya, Timbalan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman pada Januari.

“Kerajaan ini sangat komited untuk mengimplementasikan program-program bagi mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan ke atas sebagai sumber utama hasil negara,” kata Salman dalam teks ucapan tahunannya untuk menjelaskan matlamat dasar kepada Majlis Shura.

Wanita dan lelaki Saudi, anggota Majlis Saudi Shura, ketika menghadiri sesi yang dipengerusikan oleh Raja Arab Saudi, Salman di Riyadh pada 23 Disember. – Reuters
Wanita dan lelaki Saudi, anggota Majlis Saudi Shura, ketika menghadiri sesi yang dipengerusikan oleh Raja Arab Saudi, Salman di Riyadh pada 23 Disember. – Reuters

“Visi kami bagi reformasi ekonomi menumpu pada meningkatkan keefisienan perbelanjaan kerajaan, mengambil faedah daripada sumber ekonomi dan meningkatkan pengembalian ke atas pelaburan kerajaan,” tambahnya.

Majlis itu merupakan badan yang dilantik untuk membincangkan undang-undang baru dan menasihatkan kerajaan mengenai dasar.

Raja Salman, 79, membacakan kenyataan ringkas dalam siaran langsung televisyen namun ucapan utamanya kemudian disebutkan di dalam bentuk kertas kepada anggota majlis yang kemudian disiarkan dalam media kerajaan.

Memetik keadaan ekonomi yang genting dan harga minyak rendah dalam ucapannya, Salman mengatakan dasar fiskal Riyadh adalah berdasarkan ‘mengekalkan kestabilan dan keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan ke atas projek-projek pembangunan besar’.

Tambahnya lagi, reformasi itu juga berhasrat untuk mewujudkan persekitaran menarik bagi meningkatkan pelaburan daripada kedua-dua syarikat Saudi dan luar negeri, memudahkan prosedur dan menggalakkan pengambilan kerja.