Pele dikeluarkan dari hospital

Pele dikeluarkan dari hospital

SAO PAOLO, 22 Julai – Legenda bola sepak Brazil Pele, 74, meninggalkan hospital di Sao Paolo semalam selepas berjaya menjalani pembedahan spina, kata doktor.

Pele dibenarkan keluar hari ini. Pesakit meninggalkan hospital pada pukul 4 petang, kata hospital Albert Einstein di ibu negeri kewangan Brazil dalam satu kenyataan.

Sekeping gambar tidak bertarikh yang diberikan oleh hospital menunjukkan bekas penyerang pasukan Brazil itu tersenyum, dengan tangannya di bahu rakan Marcia Aoki, dan memakai baju biasa.

Hospital berkata sebelumnya bahawa Pele telah menjalani pembedahan untuk pengurangan tekanan akar saraf di belakangnya pada 14 Julai dan dia sedang pulih. Pembedahan “dipraprogram.”

Pele mengalami kemampatan dua vertebra yang menyebabnya kehilangan kekuatan dalam kakinya, terutamanya di kaki kanan, menurut laporan emdia Brazil.

Pele dalam gambar fail 12 Mac 2015 ketika melancarkan buku ‘Segundo Tempo’ di San Paulo, Brazil. - AFP
Pele dalam gambar fail 12 Mac 2015 ketika melancarkan buku ‘Segundo Tempo’ di San Paulo, Brazil. – AFP

Satu-satunya pemain yang berada dalam tiga pasukan yang memenangi Piala Dunia, Pele dijangka menjalani pembedahan mengenai masalah yang dihadapi pada tahun lalu tetapi masalah kesihatan lain memaksanya menangguh pembedahan tersebut. Pele yang dikenali sebagai ‘O Rei’ telah dimasukkan ke hospital yang sama beberapa kali sejak 2012.

Pada Mei, ikon sukan global itu dimasukkan ke hospital selama empat hari dan menjalani pembedahan untuk prostat yang membesar.

november lalu, dia menjalani pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggang dan seterusnya mengalami jangkitan yang memerlukan rawatan dalam wad rawatan rapi di hospital selama beberapa hari. – AFP