Pele stabil selepas pembedahan

Pele stabil selepas pembedahan

SAO PAULO, 8 Mei (AFP) – Pele berada dalam keadaan stabil di hospital semalam selepas menjalani pembedahan prostat, kata doktor mengenai satu lagi ancaman kesihatan legenda bola sepak Brazil itu.

Legenda berusia 74 tahun itu menjalani pembedahan Selasa lalu dan perlu menjalani ujian untuk melihat sama ada dia boleh dikeluarkan dari Hospital Albert Einstein di Sao Paulo yang merawatnya selama dua minggu bagi jangkitan pundi kencing.

Yayasan Urology Care berkata pembedahan itu berjaya dan dalam standard emas untuk penjagaan hiperplasia prostatik atau pembesaran prostat bukan kanser – keadaan lazim bagi lelaki berusia.

Media Brazil melaporkan pembedahan itu bertujuan untuk menghindarkan berulangnya jangkitan pundi kencing yang menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital tahun lepas.

Ancaman kesihatan yang melibatkan lima hari dalam penjagaan rapi itu tiba selepas dia menjalani pembedahan batu karang 13 November lalu. Selepas jangkitan, dia dimasukkan semula ke hospital.

Pele dan Franz Beckenbauer semasa upacara perasmian musim 2015 Kelab New York Cosmos di Bangunan Empire State di New York 17 April lalu. – Reuters
Pele dan Franz Beckenbauer semasa upacara perasmian musim 2015 Kelab New York Cosmos di Bangunan Empire State di New York 17 April lalu. – Reuters

Dengan satu buah pinggang – yang satu lagi sudah dikeluarkan selepas kecederaan rusuk ketika zamannya sebagai pemain – tidak berfungsi dan dia terpaksa dirawat dengan hemodialisis.

Selepas berada di hospital yang membimbangkan peminat di seluruh dunia, dia dikeluarkan pada 9 Disember, berjalan berhati–hati tetapi bergurau bersama wartawan: “Saya bersedia ke Olimpik!” kata Pele atau nama sebenarnya Edison Arantes do Nascimento yang secara meluas dikenali sebagai pemain terhebat sepanjang masa.

Beliau adalah satu-satunya pemain uang memenangi tiga gelaran Piala Dunia sehingga dinamakan atlet sekurun oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 1999. Dengan nama samaran O Rei (Raja), Pele dilahirkan di sebuah rumah sederhana di Tres Coracoes dan meladak dalam bola sepak Brazil sebagai fenomena muda.

ARTIKEL YANG SAMA