Pelicans tamatkan kekalahan berturut-turut

Pelicans tamatkan kekalahan berturut-turut

MIAMI, 30 Nov – Anthony Davis mengekalkan permulaan menariknya musim ini dengan penguasaan 41 mata ketika pasukan New Orleans Pelicans menewaskan Los Angeles Lakers 105-88 semalam.

Davis juga mencatatkan 16 rebound ketika pasukan Pelicans menamatkan dua kekalahan perlawanan berturut-turut dengan kemenangan di laman sendiri kelima mereka di Smoothie King Center.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Pelicans memperbaiki kedudukan kepada 7-12 sementara Lakers tewas 9-10.

Jumlah mata yang dikumpulkan Davis itu menandakan kali ketujuh musim ini dia menamatkan dengan sekurang-kurangnya 35 mata dan 10 rebound dalam satu perlawanan.

Pemain itu, 23, sekarang mencatatkan perkadaran di bawah 23 mata bagi satu perlawanan musim ini, dan mendahului senarai jaringan liga dari Russel Westbrook (30.9 mata bagi setiap perlawanan).

Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. - AP
Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. – AP

Pasukan Lakers sementara itu bergelut selepas kecederaan lebih awal kepada Nick Young, yang terpaksa meninggalkan perlawanan selepas hanya perlawanan memasuki 1:50 suku pertama kerana mengalami kekejangan tumit kanan.

Pasukan Lakers kemudian berkata Young akan menjalani imbasan hari ini untuk menilai keadaan kecederaannya.

Davis diberikan bantuan daripada Omer Asik, yang memberikan double-double, dengan 10 mata dan 11 rebound, sementara Jrue Holiday mencatatkan 22 mata.

Penjaring terbanyak Lou Williams bagi pasukan Lakers dengan 16 mata, Julius Randle menamatkan dengan 12 mata dan 10 rebound sementara itu Timofey Mozgov menamatkan dengan 10 mata dan sembilan rebound. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA