Pelihara inst...

Pelihara institusi keluarga

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – SugarBun Brunei dengan kerjasama Pengurusan Pusat Time Square, Berakas, sekali lagi telah mengadakan Hari Keluarga sebagai sambutan keluarga bulanan yang telah bermula pada 18 hingga 19 Mac.

Para pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti termasuk Snap Hunts, Mummy Game, Human Battleship, Popup Balloon, The Ah, Urm, Likes Games dan Persembahan Maskot Mickey dan Minnie Mouse serta Hello Kitty yang dipamerkan untuk orang ramai terutama sekali kepada kanak-kanak.

Menurut Jurucakap SugarBun, Azhar bin Awang, penganjuran aktiviti seumpamanya itu merupakan peluang terbaik bagi para keluarga untuk meluangkan masa bersama dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Objektif utama acara ini diadakan adalah bagi mengingatkan masyarakat terhadap kepentingan institusi kekeluargaan yang perlu dijaga dan dieratkan untuk mencapai keamanan, keselamatan dan masyarakat yang penyayang.

 

Kakitangan SugarBun yang menjayakan aktiviti Hari Keluarga kelmarin.
Kakitangan SugarBun yang menjayakan aktiviti Hari Keluarga kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA