Pelihara keselamatan kejiranan

Pelihara keselamatan kejiranan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 18 Sept – Sebagai usaha bersama dalam menjaga keselamatan kejiranan, anggota Balai Polis Labi telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labi 1 dan Kampung Labi 2 di kawasan Mukim Labi, malam tadi.

Rondaan yang disertai tiga anggota polis dan tiga ahli pengawasan kejiranan yang diketuai oleh Lans Korporal 4662 Awang Mohd Izzat Izuddin bin Abdullah itu bermula kira-kira pukul 9:00 malam hingga tengah malam dengan menggunakan kenderaan dan melibatkan kawasan Kampung Teraja hingga ke Kampung Bukit Puan, Labi.

Dalam rondaan berkenaan, Stesen Elektrik Kampung Labi yang dikenal pasti sering berlaku kecurian kabel elektrik turut menjadi tumpuan dan sejak ia dilaksanakan kes kecurian kabel di kawasan berkenaan telah menurun.

Bagaimanapun, rondaan itu tidak menemui sebarang aktiviti jenayah.

Rondaan pemeriksaan turut dilakukan di Stesen Elektrik Kampung Labi.
Rondaan pemeriksaan turut dilakukan di Stesen Elektrik Kampung Labi.

ARTIKEL YANG SAMA