Pelihara seni penulisan

Pelihara seni penulisan

PUTRAJAYA, 1 Jun (Bernama) – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa generasi muda agar memelihara seni penulisan dan “dengan serius kembali kepada menulis secara sempurna.”

Dr Mahathir, seorang penulis prolifik sejak zaman pelajarnya, mendapati generasi muda hari ini gemar menulis dengan menyingkatkan perkataan, menekankan kepada bunyi dan tidak pada ejaan.

“Misalnya, perkataan (Inggeris) ‘for’ dipendekkan kepada ‘4’ (four) sementara ‘you’ kepada hanya ‘u’. Memang menyeronokkan kerana kamu boleh mengirim mesej panjang secara ringkas, dipadatkan kepada jumlah huruf yang sedikit.

“Tetapi bila masa berlalu, akan hilang seni penulisan yang bernilai,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA