Pelita Brunei tetap relevan

Pelita Brunei tetap relevan

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG – ‘Bicarawara Pelita Brunei’ adalah antara sajian acara hari terbuka Jabatan Penerangan sempena memperingati 63 tahun penubuhan Jabatan Penerangan yang diadakan di Bangunan Bumiputera Pekan Bangar Temburong selama dua hari baru-baru ini.

Acara tersebut bertemakan ‘Pelita Brunei Tetap Relevan’, bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan saranan orang ramai mengenai akhbar rasmi kerajaan ini, di samping membincangkan kepentingannya sebagai wadah penyebaran maklumat yang cepat, tepat dan berwibawa pada masa kini dan di masa akan datang. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memberigakan maklumat dan dasar kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui strategi kerja penerbitan akhbar rasmi bagi mencakupi seluruh lapisan masyarakat di Negara ini.

Perlu dipertahankan

Walaupun Pelita Brunei masih bertahan sebagai media konvensional yang terhad dari segi jumlah dan waktu ianya diterbitkan, namun ia merupakan lidah kerajaan yang mesti dipertahankan sebagai medium kerajaan untuk menyampaikan maklumat ke seluruh pelosok negara ini. Kini, peranannya turut mendapat persaingan sengit dengan wujudnya media sosial masa kini yang lebih pantas menyebarkan maklumat tampa batasan di seluruh dunia. Namun kesahihan maklumat dalam Pelita Brunei tidak perlu diragui atas dasar penerbitannya yang terkawal dan sentiasa menjaga nilai kualiti penerbitan mingguannya.

Pemangku Pengarah Penerangan Awang Mawardi, menyampaikan mengenai kepentingan akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei.
Pemangku Pengarah Penerangan Awang Mawardi, menyampaikan mengenai kepentingan akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei.

Sesi bicarawara telah dipengerusikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan Hajah Noorashidah binti Aliomar, yang turut mengetengahkan ahli panel, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Hj Mohammad, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini dan Samlee bin Jait. Hadir mendengarkan taklimat dan sesi soal jawab terdiri dari ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampong, guru-guru besar sekolah rendah dan ugama Daerah Temburong, yang turut menghadapkan beberapa cadangan bagi menilai tambah perisiannya.

ARTIKEL YANG SAMA