Pelle terlibat pergaduhan

Pelle terlibat pergaduhan

SHANGHAI, 27 Sept – Pemain penyerang Shandong Luneng Graziano Pelle dari Itali terlibat dalam pergaduhan selepas perlawanan Ahad lalu ketika para pengawal keselamatan cuba untuk menghalang mereka daripada meraikan kejayaan bersama peminat.

Kekecohan berlaku pada akhir kemenangan Shandong Luneng 2-1 ke atas Beijing Guoan dalam persaingan Liga Super China di Stadium Workers, Beijing.

Wisel penamat mencetuskan babak-babak pelik apabila penjaga gol antarabangsa China Wang Dalei yang beraksi bersama Shandong, melompat melepasi papan iklan dan berbalah berulang kali bersama beberapa pegawai keselamatan ketika cuba untuk meraikan di depan penyokong pasukannya.

Tiga pemain lain dilihat terlibat dalam perbalahan itu sebelum anggota keselamatan berlembut membenarkan Pelle dan rakan sepasukan lain untuk tiba dan menyertai perayaan sebelum dengan segera membawa pemain Shandong ke terowong.

Bekas barisan depan Southampton itu, Pelle, yang menyertai Shandong Julai lalu, meletakkan pasukannya di depan selepas hanya 12 minit.

Penyerang antarabangsa China, Yu Dabao menyamakan kedudukan pada minit ke-34 di depan lebih 38,000 peminat yang hanya menyaksikan midfield Shandong dari Argentina, Walter Montillo melengkapkan kemenangan pasukan pelawat 16 minit sebelum tamat perlawanan menerusi sepakan penalti. FA China enggan mengulas mengenai insiden itu.

Pergaduhan itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial China, dengan pengguna Weibo (Twitter China), Asaikana, mengulas: “Saya rasa Wang Dalei dalam keadaan tegang…tidak timbul isu keselamatan ketika itu. Mengapa mereka perlu menghalang pemain?”

Dalam perlawanan lain, Luis Felipe Scolari menerusi permusuhan lamanya bersama Sven-Goran Eriksson ketika Guangzhou Evergrande seri 0-0 bersama Shanghai SIPG. – AFP