Pellegrini akui Leicester pilihan juara

Pellegrini akui Leicester pilihan juara

LONDON, 7 Feb – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini (gamar) mengakui Leicester City pasukan pilihan menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan kekalahan pasukannya dalam saingan kelab teratas malam tadi.

Sementara yakin kekalahan 3-1 Manchester City akan dapat diharungi dengan pantas, Pellegrini bagaimanapun mendapat perkhabaran kecewa apabila David Silva menyertai senarai kecederaan pemain yang semakin panjang dan bakal terlepas satu lagi perlawanan penting menentang Tottenham Hotspur minggu depan.

Berdepan berita tempatnya bakal digantikan Pep Guardiola di Stadium Etihad, Pellegrini enggan menggunakan alasan itu sebagai penyebab pasukan itu jatuh enam mata di belakang Leicester. “Saya tidak mahu memberi alasan. “

Leicester bermain bagus berbanding kami. Jika mereka terus bermain dengan cara itu, mereka adalah pasukan pilihan untuk memperoleh kelebihan mata,” kata Pellegrini.

Manchester City v Leicester City - Barclays Premier League

“Ia bergantung kepada apa yang mereka boleh lakukan dari sekarang sehingga hujung musim ini tetapi dengan berbaki 13 perlawanan lagi ia sukar diramal.”

Manchester City yang kini di kedudukan ketiga, memperoleh gol lewat Sergio Aguero bagi memberikan gol sagu hati selepas dua gol lawan dari Robert Huth dan Riyad Mahrez, meletakkan Leicester terus mendahului.

Kebimbangan Pellegrini semakin bertambah dengan pasukan di tempat kedua Spurs, yang mendahului satu mata di depan mereka, akan mengadakan kunjungan ke Etihad selepas ini.

Pemain utama Silva mengalami kecederaan buku lali dan dibawa keluar selepas 77 minit, menyebabkan pengurus itu kini hanya mempunyai 13 pemain yang cerdas untuk dipilih.

“Kita tunggulah nanti tetapi saya rasa ia akan sukar buatnya untuk kembali pulih segera,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA