Pellegrini berang dengan pengadil

Pellegrini berang dengan pengadil

Manchester City v Everton - Barclays Premier LeagueLONDON, 14 Jan (Reuters) – Manuel Pellegrini (gambar) berpendapat satu-satunya individu di Etihad yang tidak percaya Raheem Sterling berhak dianugerahkan penalti pada aksi Liga Perdana menentang Everton, awal pagi tadi ialah pengadil perlawanan.

Ketika perlawanan di kedudukan 0-0 pada minit ke-93, pertahanan Everton, John Stones melakukan terjahan ke atas Sterling berhampiran gawang gol.

Begitupun, pengadil, Roger East yang dapat melihat dengan jelas insiden terbabit tidak mengambil sebarang tindakan sehingga mencetus kekecewaan kepada Pellegrini apabila bertindak mengangkat kedua-dua tangannya.

“Semua orang di stadium dapat melihat ia adalah penalti, ia begitu hampir dengan pengadil dan amat jelas,” kata Pellegrini selaku pengendali City kepada BBC.

ARTIKEL YANG SAMA