Pellegrini cuba sentuhan di China

Pellegrini cuba sentuhan di China

SHANGHAI, 9 Sept – Bekas jurulatih Manchester City Manuel Pellegrini (gambar) tidak akan menonton pertembungan tetangga Manchester Sabtu ini kerana sudah beralih ke Asia dengan mengemudikan Hebei China Fortune dalam Liga Super China.

Pada masa yang sama sebagai penggantinya, Pep Guardiola bersiap-sedia untuk membuat perhitungan dengan Manchester United Jose Mourinho di Old Trafford, dan Pellegrini akan mengemudikan Hebei menghadapi Guangzhou Evergrande di utara China.

Qinhuangdao Olympic Sports Centre akan menjadi pengalaman baru untuk Pellegrini, 62, yang tampil dengan CV termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2014 dan semusim bersama Real Madrid.

Tetapi lelaki Chile akan cepat belajar dengan harapan dan tekanan di China tinggi melangit di mana kelab-kelab sedang memancing pengurus bintang.

Sejak permulaan semasa 16 pasukan Liga Super China pada Mac, tidak kurang daripada lapan pengurus ditunjukkan pintu keluar bermakna peluang jurulatih untuk terus hidup lama di China adalah tipis.

pg22_160910_c

Ia tidak menghalang sekumpulan pengurus terkenal menubuhkan kem di China termasuk Sven-Goran Eriksson di Shanghai SIPG dan Felix Magath di Shandong Luneng.

Evergrande Luiz Felipe Scolari berada di puncak liga tetapi kedudukannya terancam dengan Marcello Lippi, yang mendalangi kemenangan Liga Juara-Juara AFC 2013 disebut-sebut akan kembali ke China.

Antara yang pergi musim ini ialah bekas jurulatih Juventus dan Jepun Alberto Zaccheroni, yang bertahan hampir dua bulan di Beijing Guoan sebelum protes memendekkan permastautinnya.

Bekas pemain Chelsea Dan Petrescu juga dibuang oleh kelab kaya Jiangsu Suning pada bulan Jun, dan bekas pengurus Brazil, Mano Menezes hanya bertahan enam bulan di Shandong Luneng sebelum memberi laluan kepada Magath. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA