Pellegrini gagal sembunyi kecewa di Etihad

Pellegrini gagal sembunyi kecewa di Etihad

MANCHESTER, 9 Mei (AFP) – Manuel Pellegrini tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas aksi terakhirnya sebagai pengurus Manchester City di laman sendiri berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan harapan City untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok empat teratas liga dan layak ke Liga Juara-Juara kini bukan lagi di tangan mereka.

Kemungkinan besar pengganti Pellegrini, Pep Guaridiola akan memulakan tugasnya membawa City beraksi dalam saingan Liga Europa.

City perlu menang ke atas Swansea City dalam aksi terakhir, Ahad ini dan berharap Manchester United keciciran mata dalam satu daripada dua perlawanan terakhir mereka atau Arsenal tewas kepada Aston Villa di laman sendiri.

Pellegrini tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas aksi terakhirnya sebagai pengurus Manchester City di laman sendiri berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. – AP

“Ini bukan cara yang kami mahukan untuk menamatkan saingan liga musim ini. Kami mahu layak ke Liga Juara-Juara dan menang perlawanan hari ini (malam tadi) untuk ke Liga Juara-Juara.

“Namun, untuk saya, saya menikmati tiga tahun yang menakjubkan bersama City, tiga tahun yang tidak akan saya lupakan. Jadi, apa yang boleh saya katakan kepada penyokong, terima kasih di atas segala sokongan, saya tidak akan lupakan kamu.