Pellegrini harap City sedari kesilapan

Pellegrini harap City sedari kesilapan

MANCHESTER, 28 Ogos – Manuel Pellegrini telah mencabar bintang Manchester City untuk membuktikan bahawa mereka telah belajar daripada kegagalan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Tiga perlawanan liga musim baru, City adalah pasukan terakhir yang kekal dengan rekod sempurna: tiga kemenangan, lapan gol tanpa bolosi.

City memberikan kejutan kepada mereka yang menyaksikan rentak pra-musim Citizen yang tidak meyakinkan tetapi pemain telah menjawab panggilan Pellegrini untuk beraksi secara konsisten.

Cabaran gelaran City gagal musim lalu kerana kecenderungan untuk kehilangan mata menentang pasukan pertengahan liga; sebab itu, perlawanan menentang Watford di tangga ke-12 Sabtu ini mungkin akan menyediakan petunjuk kemajuan mereka.

“Kami menganalisis apa yang berlaku musim lalu,” kata Pellegrini. “Ia bukan satu malapetaka kerana kami menduduki tempat kedua dan kami adalah pasukan yang menjaringkan gol paling banyak tetapi kami tidak konsisten sepanjang tahun.

Gagal mempertahankan kejuaraan sudah cukup perit buat Manchester City dan Pellegerini berharap bintang-bintang Citizen dapat belajar daripada kesilapan musim lalu. – Reuters
Gagal mempertahankan kejuaraan sudah cukup perit buat Manchester City dan Pellegerini berharap bintang-bintang Citizen dapat belajar daripada kesilapan musim lalu. – Reuters

“Kami kehilangan mata menentang pasukan yang bergelut menghindari penyingkiran, jadi saya rasa selepas tiga perlawanan anda boleh lihat kami telah belajar daripada pengalaman.

“Baru bulan Ogos dan kita selesai pada bulan Mei, jadi adalah penting untuk terus bermain, bekerja dan berfikir dengan cara yang sama seperti yang kami lakukan.”

Pellegrini telah dibantu oleh perbelanjaan besar untuk skuad di luar musim dan mungkin ada ramai lagi yang akan datang.

Nicolas Otamendi, yang ditandatangani dari Valencia, boleh membuat penampilan pertama di bek tengah setelah terlepas kemenangan 2-0 di Everton Ahad lalu kerana pelepasan antarabangsa tidak tepat pada masanya.

Tag harga Otamendi yang boleh meningkat kepada 32 juta pound dengan nilai tambah, menjadikan beliau pertahanan kedua paling mahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, tetapi tiada jaminan dia akan bermula hujung minggu ini.

Ini kerana pemain paling mahal Eliaquim Mangala, yang kini memegang tempat dalam pasukan utama di City dan mula menemui rentak bersama Vincent Kompany selepas kempen pertama di England hambar.

Pellegrini bukanlah penggemar tiga pemain di pertahanan tengah, jadi ada satu keputusan yang sukar untuk dibuat Sabtu ini dan pada minggu-minggu yang akan datang.

Sementara itu, perbincangan dengan Wolfsburg akan diteruskan bagi membawa masuk midfield Belgium Kevin De Bruyne, walaupun perjanjian akan siap menjelang aksi hujung minggu ini; dan belum ada tanda-tanda perjanjian itu sudah muktamad.

City berada dalam kedudukan terbaik untuk pergi tanpa De Bruyne; Yaya Toure kelihatan mendapat semangat baru, manakala Sergio Aguero dan David Silva masing-masing memulakan musim dengan baik.

Pasukan Pellegrini akan merasakan mereka berada dalam kedudukan terbaik dengan rekod kelab untuk 10 kemenangan liga berturut-turut.

Watford juga mempunyai sebab untuk berpuas hati selepas permulaan yang stabil walaupun tidak mengagumkan apabila memulakan musim dengan tiga seri berturut-turut. Sekurang-kurangnya dengan keputusan itu memastikan mereka menuju Eastlands dari pertengahan liga.

Itu menandakan pembukaan penuh hormat untuk pasukan yang baru dipromosi walaupun tewas Piala Liga pada pasukan Kejohanan Preston pada pertengahan minggu sedikit menjejaskan semangat, dengan pasukan Quique Sanchez Flores gagal menjaringkan gol untuk tiga permainan berturut-turut.

Flores menegaskan tiada apa yang membimbangkan dan percaya pasukannya mempunyai pilihan pemain yang cukup untuk barisan hadapan bagi memecahkan kebuntuan itu kemudian.

“Untuk menjaringkan gol atau tidak kadang-kadang ia hanya persoalan beberapa milimeter. Jika ada peluang kami perlu menjaringkan gol tetapi kami mempunyai peluang yang baik dalam perlawanan,” katanya.

“Untuk menjaringkan gol adalah penting jika anda mahu menang, tetapi kami telah menjaringkan dua gol dan bolos dua gol dalam tiga perlawanan dan bagi saya, perkara paling penting untuk permulaan musim adalah keseimbangan.

“Kami yakin tidak akan hilang banyak peluang kepada pihak lawan, jadi ini adalah permulaan yang baik, dan kami yakin akan mempunyai peluang pada perlawanan yang akan membolehkan kami untuk menang.” – AFP

Premier League matchday 4

ARTIKEL YANG SAMA