Pellegrini harap Guardiola sertai Man City

Pellegrini harap Guardiola sertai Man City

MANCHESTER, 21 Dis (AFP) – Pengurus pasukan Manchester City, Manuel Pellegrini membuat pengakuan yang mengejutkan bahawa dia berharap jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola akan menggantikannya satu hari nanti di Stadium Etihad.

Bayern hari ini mengumumkan bahawa Guardiola akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim, dengan Carlo Ancelotti mengambil alih tugas di Allianz Arena.

Guardiola, 44, dikaitkan dengan City, begitu juga dengan Manchester United dan Chelsea, dan Pellegrini merasakan ketibaan pasukan Catalan di Etihad adalah petanda perkembangan kelab tersebut.

“Pep Guardiola akan bertugas di sini (di England). Saya tidak tahu jika ia musim depan (di City) atau di kelab lain,” kata Pellegrini dalam ulasan yang diterbitkan sebelum pengumuman Bayern oleh beberapa akhbar British hari ini.

Manuel Pellegrini dalam salah satu sesi latihan bersama kelab bimbingannya. - Reuters
Manuel Pellegrini dalam salah satu sesi latihan bersama kelab bimbingannya. – Reuters

“Satu hari dia akan datang ke sini. Dan saya berharap dia akan memilih untuk bertugas di Manchester City.

“Saya menyatakannya kerana saya suka kelab ini dan saya berharap, pada masa depan, dia boleh bertugas di sini. Saya pasti dia penting bagi kelab.”

Pemilik pasukan City, Sheikh Mansour telah lama menginginkan Guardiola dan menggaji Ferran Soriano dan Txiki Begiristain, keduanya bertugas bersama Catalan ketika kejayaannya sebagai jurulatih Barcelona.

ARTIKEL YANG SAMA