Pellegrini ‘naik angin’

Pellegrini ‘naik angin’

LONDON, 18 Okt – Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini mengkritik keputusan jurulatih kebangsaan Belgium Marc Wilmots yang menurunkan Vincent Kompany ketika aksi terakhir peringkat kumpulan kempen kelayakan Euro 2016.

Kompany tetap dipanggil menyarung jersi negaranya walaupun dia tidak beraksi sepanjang lima perlawanan bersama City gara-gara masalah betis.

Pellegrini menegaskan kapten City itu tidak cukup cergas untuk bermain dalam perlawanan menentang Andorra atau Israel, tetapi Wilmots tetap menurunkannya dalam aksi berkenaan.

Pertahanan berusia 29 tahun itu hanya bermain selama 58 minit tetapi Pellegrini tetap tidak gembira dengan keputusan yang dibuat Wilmots.

“Saya kecewa kerana kami menghantar Vincent berserta beberapa laporan perubatan yang membuktikan dia tidak boleh bermain tetapi seperti kata pengurus Belgium, beliau berhak melakukan apa saja sepanjang aksi Liga Perdana direhatkan.

Beliau berhak menurunkan sesiapa saja dan itulah yang berlaku,” kata Pellegrini.

“Bagi saya, jika mana-mana pemain tidak diturunkan kelab selama tiga perlawanan atau lebih, itu bermakna dia mengalami kecederaan atau tidak cergas. Sudah tentu apabila dia tidak mewakili kelab, dia juga tidak boleh mewakili negara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA