Pellegrini puji kerja keras Nasri

Pellegrini puji kerja keras Nasri

MANCHESTER, 10 April (AFP) – Ketua jurulatih Manchester City, Manuel Pellegrini memuji Samir Nasri sebagai ‘penting dan bekerja keras’ selepas tonggak Perancis itu menandakan kemunculan kedua liga dengan gol kemenangan ketika menentang West Brom 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, arkitek tengah itu tidak akan disenaraikan bagi pertemuan suku akhir kedua Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain selepas tidak dinamakan dalam skuad The Citizens untuk pertandingan elit Eropah itu susulan kecederaan panjangnya.

“Kami menjangkakan dia akan boleh beraksi semula pada pertengahan April tetapi kami perlu menghadapi Liga Juara-Juara pada Februari dan kami hanya memiliki Kun (Aguero) saja sebagai penyerang,” kata pengurus City itu.

“(Wilfried) Bony cedera, jadi ia amat penting membawa masuk Kelechi (Iheanacho) dan Samir Nasri terpaksa dikorbankan, tetapi saya tidak fikir dia boleh beraksi untuk lagi tiga hari.

Pellegrini memuji Nasri selepas tonggak Perancis itu menandakan kemunculan kedua liga dengan gol kemenangan ketika menentang West Brom 2-1 awal pagi kelmarin.
Pellegrini memuji Nasri selepas tonggak Perancis itu menandakan kemunculan kedua liga dengan gol kemenangan ketika menentang West Brom 2-1 awal pagi kelmarin.

“Saya sangat gembira untuknya. Dia sangat bernasib baik untuk hanya mengalami kecederaan sebegitu. Ia sangat pelik apabila kecederaan ototnya berpanjangan selama enam bulan dan memaksanya menjalani pembedahan.”

Nasri, yang menjalani pembedahan selepas otot pahanya terkoyak ketika sesi latihan Oktober lalu, berkata, “Ia begitu hebat untuk kembali dan menjaringkan gol kemenangan.

“Lebih daripada lima bulan sejak saya tersisih, jadi sukar untuk saya menerangkan betapa gembiranya saya.

Pasukan perubatan sudah melakukan tugas dengan hebat tetapi apabila anda lama berehat, sudah pasti anda mahu membuktikan kepada semua yang anda mempunyai kualiti untuk berada dalam pasukan ini.”

Ledakan awal Stephane Sessegnon memberikan West Brom pendahuluan tetapi ia dipadamkan oleh penalti Aguero iaitu jaringan peribadinya yang ke-23 pada musim ini, sebelum Nasri menyumbat gol kemenangan.