Pellegrini sukar pilih pemain

Pellegrini sukar pilih pemain

NORWICH, 8 Jan (AFP) – Manuel Pellegrini kini berdepan dilema memilih pemain menjelang pertemuan aksi Piala FA di Norwich, malam esok dengan usaha mengekalkan Manchester City di landasan tepat dalam persaingan.

Pellegrini menyatakan Piala FA juga menjadi tumpuannya dalam jadual sepanjang Januari yang merangkumi sekurang-kurangnya tujuh perlawanan.

Pengendali City itu berpendapat pasukannya akan bergelut untuk mendapatkan masa bagi mengharungi semua perlawanan jika mereka layak ke final dalam ketiga-tiga persaingan merebut piala.

Persaingan dalam Liga Juara-Juara menjadi prospek yang baik dan mereka berterima kasih terhadap hasil proses undian, walaupun skuad Pellegrini berpeluang ke Wembley dalam saingan Piala Liga dengan bangkit menamatkan defisit 2-1 menentang Everton, penghujung bulan ini. Memberi fokus kepada kedua-dua pertandingan di samping cabaran Liga Perdana Inggeris, Pellegrini bakal melakukan penggiliran skuadnya apabila berkunjung ke Norwich pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

Pellegrini perlu memilih pemain yang tepat menjelang pertemuan aksi Piala FA di Norwich. – Reuters
Pellegrini perlu memilih pemain yang tepat menjelang pertemuan aksi Piala FA di Norwich. – Reuters

“Ia membabitkan banyak permainan. Jika anda bertanya kepada saya, saya sentiasa memilih untuk bermain dalam semua pertandingan,” kata Pellegrini.

“Tetapi saya bimbang dengan Piala FA, kerana selepas pusingan awal, anda mula perlu menangguhkan perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk meneruskan perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA