Pellegrini tekad bersama City ke garisan penamat

Pellegrini tekad bersama City ke garisan penamat

LONDON, 18 April (AFP) – Manchester City melihat untuk mengekalkan persembahan terbaik mereka dengan hasrat menamatkan cabaran musim ini pada pencapaian tertinggi.

Skuad Manuel Pellegrini akan mengharungi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid yang menyaksikan jurulatih kelahiran Chile itu sedang menghabiskan tugasnya dalam beberapa minggu terakhir di Stadium Etihad.

Menjelang kunjungan City ke gelanggang pasukan yang diancam penyingkiran, Newcastle United, awal pagi Rabu, mereka sedang mencari kemenangan keempat berturut-turut di Liga Perdana.

Persaingan merebut kejuaraan benar-benar tidak menjadi kenyataan selepas City bergelut dengan masalah kecederaan dan hilang rentak pada detik penting musim ini selain Leicester City dan Tottenham Hotspur sudah jauh dari mereka di bahagian atas carta.

Manuel Pellegrini meraikan kejayaannya bersama penjaga gol Joe Hart dalam saingan Liga Juara-juara baru-baru ini. – AFP
Manuel Pellegrini meraikan kejayaannya bersama penjaga gol Joe Hart dalam saingan Liga Juara-juara baru-baru ini. – AFP

Tetapi kebangkitan lewat City sudah cukup untuk mereka kekal dalam kelompok empat teratas dan menjamin tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

Kemenangan 3-0 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang menyaksikan Sergio Aguero meledak hatrik, membuktikan mereka berada pada persembahan terbaik.

Pemain tengah City, Yaya Toure berkata: “Kami bermain dengan baik. Saya fikir keseluruhan pasukan bermain dengan baik.

“Saya rasa ia adalah salah satu permainan terbaik yang pernah kami tampilkan musim ini, ia kerana bukan mudah untuk menguasai cara yang kami lakukan apabila bermain di Stamford Bridge.”

Toure kembali berada dalam kesebelasan utama City buat kali pertama dalam lima perlawanan berikutan masalah kecederaan lutut.

ARTIKEL YANG SAMA