Pellegrini tidak gentar

Pellegrini tidak gentar

MANCHESTER, 27 April – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini melaungkan keyakinan betapa pasukannya akan bermain tanpa rasa gentar pada aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid selepas seri 0-0 pada aksi pertama.

Selepas kehilangan Cristiano Ronaldo yang cedera, Madrid mencipta lebih banyak peluang pada perlawanan malam tadi, namun pemain gantian Jese menyaksikan tandukannya terkena palang dan penjaga gol City, Joe Hart menampilkan persembahan baik bagi menafikan cubaan Casemiro dan Pepe.

City yang tampil dalam separuh akhir buat pertama kali, tidak mencuba penjaga gol pelawat Keylor Navas sehingga Kevin De Bruyne menemui sasaran menerusi sepakan percuma pada penamat permainan, namun Pellegrini berkata pasukannya akan menunjukkan ketajaman serangan minggu depan pada pusingan kedua di ibu kota Sepanyol.

“Saya tidak fikir mereka pasukan pilihan,” kata pengendali dari Chile itu, yang dipecat selepas hanya semusim sebagai jurulatih Madrid pada 2010. “Kami ada pilihan yang sama seperti Real Madrid. Sudah tentu mereka ada kelebihan bermain di tempat lawan pada perlawanan pertama, jadi mereka cuba mengawal rentak permainan.

“Selepas itu mereka menamatkannya di tempat sendiri. Tapi pasukan ini bermain di tempat lawan dengan cara yang sama ketika mereka bermain di Etihad.

Reaksi Pellegrini ketika pasukannya menentang Real Madrid pada pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester kelmarin. – AP
Reaksi Pellegrini ketika pasukannya menentang Real Madrid pada pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester kelmarin. – AP

“Kami ada keputusan yang bagus bermain di tempat lawan berdepan Paris Saint-Germain, Dynamo Kiev dan Sevilla.

“Kami tidak takut untuk ke Bernabeu dan kami akan lihat pasukan mana bermain lebih baik dalam perlawanan itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA