Pellegrini yakin

Pellegrini yakin

WEST BROMWICH, United Kingdom, 11 Ogos – Manuel Pellegrini merasa yakin Manchester City akan menyaksikan Yaya Toure kembali kepada persembahan terbaiknya selepas menegaskan masalah yang dihadapi pemain itu musim lalu sudah berlalu.

Toure menjaringkan gol ketika City mempamerkan impian menjulang gelaran Liga Perdana dengan kemenangan aksi pembukaan 3-0 di gelanggang luar menentang West Bromwich Albion semalam.

Setelah menyaksikan pesaing Chelsea dan Arsenal susut pada hujung minggu, pasukan Pellegrini mendapat kelebihan penuh dengan persembahan dominan yang akan memberikan mereka keyakinan menjelang persaingan menentang pasukan Jose Mourinho Ahad nanti.

Setelah bergelut mencari rentak terbaiknya dengan pelbagai alasan musim lalu, persembahan menyerlah bintang dari Ivory Coast itu ketika dia memberikan isyarat sudah cergas dan fokus dengan persembahan dominan untuk jentera bahagian tengah City.

“Saya selalu berkata musim lalu ia adalah musim yang pelik bagi Yaya. Dia bermula dengan banyak masalah; adiknya meninggal dan ejennya saya rasa dia tidak fokus dengan apa yang perlu dilakukannya tahun lepas,” jelas Pellegrini.

Yaya Toure (tengah) meraikan jaringan bersama rakan semasa menentang West Brom di The Hawthorns semalam. – AFP
Yaya Toure (tengah) meraikan jaringan bersama rakan semasa menentang West Brom di The Hawthorns semalam. – AFP

“Kami telah bercakap sebelum musim bermula dan saya pasti kita akan melihat Yaya bukan seperti dua tahun lalu. Dia pemain penting kami,” tambah pengurus dari Chile itu.

“Saya tidak rasa Yaya layak menerima kritikan yang diterimanya musim lalu. Ia bukanlah musim terbaiknya tetapi dia tidak beraksi, seperti yang dikatakan semua orang.

“Tetapi dia seorang pemain penting bagi kami. Saya pasti musim lalu kepalanya tidak berada dalam situasi terbaik. Sukar bagi seorang pemain apabila memiliki banyak masalah.”

Toure dan David Silva bergabung untuk memberikan inisiatif kepada City dalam tempoh sembilan minit, dengan pemain antarabangsa Sepanyol itu menyudahkan rembatan rakan sepasukannya dengan bantuan bola melantun sebelum Toure menyudahkan sepakan gol kedua 15 minit kemudian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA