Pelombong terperangkap seminggu

Pelombong terperangkap seminggu

SYDNEY, 16 Feb – Seorang pelombong yang terperangkap selama seminggu di bawah tanah Indonesia selepas sebuah terowong roboh berjaya diselamatkan dan sedang menjalani pemulihan di hospital, menurut Lombong Newcrest di Australia hari ini.

Pak Mursalim Sahman telah pun terperangkap 300 meter di bawah permukaan sejak kejadian di Lombong Emas Gosowong di Pulau Halmahera, dikendalikan oleh subsidiari Newcrest, pada 9 Februari.

Kesemua pekerja lain selamat dikeluarkan pada masa itu.Satu lubang kecil digerudi ke bawah ke tempat pekerja terperangkap sehari selepas kejadian dan lelaki itu mengesahkan dia berada dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan makanan dan air.Satu lagi lubang kecil membenarkan air, makanan dan hubungan komunikasi dihantar ke bawah supaya dia boleh bercakap dengan kumpulan menyelamat dan keluarganya.

Ketua eksekutif Newcrest Sandeep Biswas berkata syarikat, salah sebuah pelombong emas terbesar di dunia, mendapatkan bantuan daripada pelombong dan penasihat lain yang telah mengadakan usaha menyelamat bawah tanah yang sama dan beliau akhirnya berjaya dibebaskan hari ini.“Beliau kini sedang dihantar ke permukaan di mana beliau akan dibawa ke pusat perubatan Gosowong untuk pemeriksaan kesihatan dan ditemukan dengan keluarganya,” kata Newcrest dalam satu kenyataan.

“Semua operasi perlombongan dan pemprosesan masih digantung di Gosowong.”Punca kejadian “geoteknikal” di lombong, kira-kira 2,450 kilometer dari timur laut ibu negara Indonesia Jakarta, sedang disiasat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA