Peluang artis cilik kembangkan bakat

Peluang artis cilik kembangkan bakat

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Kanak-kanak warga Negara Brunei Darussalam yang berusia antara 5 hingga 14 tahun diberikan peluang untuk mengembangkan sayap mereka ke negara jiran dalam dunia hiburan.

“Astro Ceria sedang mencari bakat kanak-kanak bagi program baru Astro Ceria I-Stars yang berkonsepkan bakat-bakat kecil berunsurkan Islamik,” jelas Penerbit program tersebut Lydia Emalia.

Menurut beliau, rombongan Astro Ceria akan berada di negara ini pada 17 Jun untuk mencari bakat-bakat baru yang memiliki perwatakan dan kebolehan dalam bercerita, menyanyi secara berkumpulan atau solo.

“Ini termasuklah juga bagi kanak-kanak yang berkebolehan berpidato, berceramah, bicara berirama (choral speaking),” tambahnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba nasib bolehlah mengikuti sesi uji bakat yang akan diadakan pada hari Jumaat, 17 Jun 2016 bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.

Sesi uji bakat akan diadakan di Studio Regalblue Production, No:153, Simpang 528, Kg Sungai Hanching, Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA