Peluang bawa balik kereta baru, wang tambahan

Peluang bawa balik kereta baru, wang tambahan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, GHK Motors Sdn Bhd mengadakan promosi Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi pembelian kereta jenama Mitsubishi, Daihatsu atau Perodua.

Menerusi promosi ini, pelanggan yang membeli mana-mana kereta jenama berkenaan akan menerima dua bulan pembayaran ansuran bulanan percuma bersama dengan baucar membeli-belah bernilai $1,000.

Ini bermakna apa jua jenis model jenama tersebut, pelanggan akan mula membayar ansuran selepas Hari Raya.

Promosi ini bertujuan untuk membantu kewangan pelanggan dengan memberikan mereka peluang untuk membawa balik sebuah kereta baru dan pada waktu yang sama tambahan wang untuk berbelanja semasa sambutan itu nanti.

Pelanggan GHK boleh mengunjungi Bilik Pameran GHK untuk menyaksikan model-model terbaru dan membuat uji pandu. GHK Motors juga akan mengadakan Jerayawara Mitsubishi di The Mall, Gadong bermula esok hingga 23 Mei 2016.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian 2423423 semasa waktu bekerja atau mengikuti media sosial Facebook atau Instagram bagi berita-berita terkini.

ARTIKEL YANG SAMA