Peluang belia sertai pertandingan industri kreatif

Peluang belia sertai pertandingan industri kreatif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Para belia di negara ini yang terlibat dalam industri kreatif berpeluang menunjukkan bakat dan mengembangkan potensi mereka serta bertanding dengan belia-belia dari negara anggota ASEAN dan Jepun dalam Pertandingan Creativepreneur sebagai salah satu acara Pesta Industri Kreatif Belia ASEAN (AYCIF).

Dengan tema ‘Seizing Opportunities Within Harmony’, pertandingan ini dibukakan kepada para belia berusia 18 hingga 35 tahun. Pengarah Projek Pertandingan itu, Gilang Ageng Sulistyo, semasa sidang media di Pusat Belia, di ibu negara, hari ini, menjelaskan pertandingan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu Fesyen; Reka Bentuk Seni dan Produk; Permainan Video dan Aplikasi; serta Filem dan Animasi.

Menurutnya, 17 finalis akan dipilih bagi setiap sub-sektor dan dijemput ke Jakarta, Indonesia, selaku tuan rumah AYCIF tahun ini, bagi pameran utama AYCIF pada Ogos depan. Pemenang dari setiap sub-sektor akan menerima hadiah wang tunai dan enam bulan konsultasi dengan pengamal berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Acara itu nanti akan diisi dengan seminar-seminar antarabangsa dan bengkel merangkumi industri kreatif, pameran bagi finalis-finalis dari setiap sub-sektor iaitu pameran fesyen, percubaan permainan video dan aplikasi, sesi membuat kraf dan juga penayangan filem.

Maklumat lanjut bagaimana untuk menyertai pertandingan ini dan memuat turun borang pendaftaran bolehlah melayari laman sesawang www.aseancreativeyouth.org

Para peserta yang akan menyertai pertandingan ‘Creativepreneur’ diberi penjelasan lanjut oleh Gilang Ageng Sulistyo.
Para peserta yang akan menyertai pertandingan ‘Creativepreneur’ diberi penjelasan lanjut oleh Gilang Ageng Sulistyo.

ARTIKEL YANG SAMA